Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015
Seringkali kita melihat mereka disekeliling kita cuba untuk menjadi yang terbaik. Tetapi tidakkah kita tahu kita telah pun menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Cukuplah anda telah mencuba dari tidakkan? Ana pun merupakan salah seorang antara mereka tu. Ana cuba untuk menjadi yang sempurna sedangkan ana sedar bahawa sememangnya ana bukanlah sempurna kerana ada Yang Maha Sempurna iaitu Allah Yang Maha Esa. Cukuplah Allah SWT telah sempurnakan aku dengan wujudnya anggota badan,paras rupa yang cukup sempurna untukku. Cukuplah bagiku atas semua itu. Tidak perlu lagi berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dan yang sempurna kerana Allah SWT tahu siapa kita.