Langkau ke kandungan utama

Aila & Lesen Memandu

Assalamualaikum. Cerita Aila ambik lesen memandu ni boleh buat novel. Haha..ada suka, duka, menangis, ketawa dan semua la. Tahu cerita tak, kali keempat baru Aila lulus lesen memandu. Aduh..malunya.. kadang2 rasa kelakar jugak, sampai cikgu memandu dah cam dah muka sama je repeat. Hehe. Kali pertama gagal dua2, luar dan dalam. Kali kedua lulus luar je. Kali ketiga gagal lagi kat dalam. Kali keempat baru lulus. Aduii..tapi rasa bersyukur ada insan2 yg membantu Aila sepanjang Aila belajar. Masa Aila practise untuk kali keempat, ada sorang abang ni baik hati bagi kereta dia suruh practise kat litar tu. Dari bukit sampailah 3 penjuru. Dan cikgu yg paling Aila suka, cikgu yg keempat sebab dia mmg sporting dan sabar je ngan sikap Aila. Igt lagi masa masuk dalam kereta tu, cikgu tu tanya " Awak boleh nampak ke bila memandu? Tak rasa rendah? " lepas tu Aila senyum je. Terus dia keluar amikkan bantal lepastu suruh Aila duduk atas bantal tu.

Sampai la masa test kali keempat tu, Aila datang test ditemani oleh mak yg tercinta. Kononnya nak bagi semangat. Yela, anaknya ni dah lemah semangat dah sebab banyak kali gagal dan bazirkan duit. Jadi bila test, Aila cuba tenangkan diri. Alhamdulillah Allah permudahkan, Aila dapat kereta yg ok sbb sebelum ni keretanya kurang memuaskan. Jadi Aila mula dari bukit sampai la ke 3 penjuru. Masa tunggu giliran 3 penjuru, Aila nampak mak bangun tengok Aila. Aila siap lambai dan senyum. Terus masuk buat test akhirnya lulus jugak. Bukan main happy siap ckp ngan cikgu yg Aila lulus. Kebetulan cikgu kat 3 penjuru tu.

Aila berlari pergi kat mak. Then peluk dia. Aila bersyukur mak ada untuk teman Aila. Mak pulak cakap, "Mak datang teman baru lulus" Aku gelak je. Lepastu jumpa abang yg ajar dulu kat kantin, dia tanya lulus tak. Terus Aila jawab lepas tu dia pun happy dan cakap bagusla, Alhamdulillah. Akhirnya semua selesai..

Di kesempatan ini Aila nak ucapkan terima kasih pada semua yang membantu Aila untuk lulus ujian memandu ni. First, syukur pada Allah. Then ayah yang banyak  ajar, tegur, marah, nasihat dan didik Aila hingga Aila lulus. Kepada mak, yg pernah ajar Aila jugak dan bagi teguran serta teman Aila masa ujian memandu kali keempat.  Kepada abang dan cikgu sbb bagi tunjuk ajar . Dan last sekali abang jpj sbb luluskan Aila..hehe..Alhamdulillah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Kata Cinta

Assalamualaikum. Hari ni Aila ada story nk share. Satu perkataan yg boleh jadi kita suka dan kita benci. What is it? Heee..tetiba malu nak sebut..C.I.N.T.A..in english is L.O.V.E..Sejarah cinta aku, aku ni pernah disukai orang dan pernah menyukai orang tapi tak pernah lagi terikat dengan istilah couple boyfriend girlfriend gitu..haha..but i have boys friend.. Dulu, aku tanya diri sendiri, kenapa ada orang boleh suka kat aku? Banyak kali aku tanya. Aku bukannya lawa macam Neelofa, Mira Filzah dan ramai lagi la..tapi still, aku bingung.. Kenangan disukai orang kali pertama. Masa tu darjah 5. Kepada yang berkenaan, maafkan aku. Hahaha.. aku dan dia selalu gaduh. Sejak aku pindah tempat duduk dari belakang sekali sampai la ke depan, entah macam mana dia boleh suka aku. Aku pun tak faham. Tulis surat lepastu lipat bentuk kapal terbang, nak target kat aku tapi tersasar meja sebelah. Lepastu kantoi, classmate tahu. Aku balik rumah ketawa berdekah dekah baca surat dia. Sorry.. Sebenarnya, ad
Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya membeli Album terbaru Devotees iaitu 'Berjalan Tanpa Henti'.Setelah sekian lama saya menantikannya.Diharap album terbaru ini menjadi pilihan ramai.